Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Kerangka MyPPA MyPPA menggariskan matlamat utama lima (5) dimensi pembaharuan selaras dengan aspirasi MADANI yang ditekankan oleh Kerajaan. MyPPA akan dijajarkan dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam dan Panduan Pembangunan Pelan Strategik Organisasi Sektor Awam. Penggunaan Kerangka MyPPA akan dirintis dalam pembangunan Pelan Strategik JPA Tahun 2026-2025 sebelum diperluaskan untuk kegunaan Agensi Sektor Awam yang lain. 3 1 4 5 2 DIMENSI DIMENSI DIMENSI DIMENSI DIMENSI KEPIMPINAN MEMBUDAYA NILAI DAN MENGGERAK PERUBAHAN PENGGUNAAN SUMBER SECARA OPTIMUM MEMPERKUKUH TADBIR URUS SEKTOR AWAM MEMPERKASA SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MODAL INSAN BERKEUPAYAAN TINGGI Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan kepimpinan sektor awam dan memperkukuh budaya dan nilai organisasi bagi menggerak perubahan secara berterusan dan mampan. Memperkasa pengurusan sumber manusia sektor awam bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penggunaan perjawatan dan pengukuhan dasar saraan ke arah pengoptimuman penggunaan sumber manusia. Ia juga melibatkan keberkesanan pengurusan kewangan, aset dan lain-lain sumber tanpa pembaziran dan ketirisan disebabkan kelemahan pengurusan dan tadbir urus. Memperkukuh tadbir urus, pengurusan prestasi dan akauntabiliti agensi awam dengan menambah baik kerangka perundangan tadbir urus, akauntabiliti entiti Kerajaan dan pengurusan prestasi. Sistem tadbir urus perlu lebih terbuka bagi kritikan dan penambahbaikan selain menyokong sistem penyampaian Kerajaan yang menyeluruh ( total government ). Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan kepuasan pelanggan ( citizen centric ). Memastikan sistempenyampaian perkhidmatan adalah cepat, mudah dan responsif ( timely, accessible, responsive and lean ). Sebagai contoh, mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan melalui platform digital. Mencapai sumber manusia yang berkebolehan dan berkeupayaan tinggi berdasarkan reka bentuk organisasi/ perjawatan dan pengurusan sumber manusia yang sistematik berasaskan kompetensi ( competency based management ). 170 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy