Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terus menjalankan pelbagai kajian dan penyelidikan bagi memperkukuh dasar serta menambah baik sistem pengurusan perkhidmatan awam. Sepanjang tahun, kajian telah dilaksanakan dalam bidang transformasi perkhidmatan, kecekapan sumber manusia, kebajikan pegawai awam, serta impak dasar sedia ada terhadap keberkesanan pentadbiran Kerajaan. Hasil penyelidikan ini menjadi asas kepada pembangunan dasar yang lebih strategik dan berdaya tahan, selaras dengan matlamat JPA untuk memastikan perkhidmatan awam kekal relevan, dinamik, dan responsif terhadap keperluan semasa serta masa hadapan. KAJIAN DAN PENYELIDIKAN BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PERANCANGAN DAN DASAR Kerangka Pembaharuan Perkhidmatan Awam (MyPPA) 01 Kerangka Pembaharuan Perkhidmatan Awam (MyPPA) telah dibangunkan sejak tahun 2020 dengan objektif untuk menghasilkan perkhidmatan awam berprestasi tinggi yang berpaksikan rakyat. Pembangunan MyPPA melalui proses perancangan strategik dan pendekatan penyelesaian masalah yang disandarkan kepada kerangka sedia ada di bawah hala tuju pembaharuan perkhidmatan awam dan isu-isu yang cuba diketengahkan melalui kerangka tersebut. Isu-isu tersebut diperolehi melalui pelbagai sesi libat urus yang melibatkan peserta dalaman dan luaran JPA. Kemudian, inisiatif- inisiatif yang berkaitan dengan kerangka diolah semula dalam bentuk analisis dalaman dan luaran menggunakan pendekatan Problem Tree Analysis dan Logical Framework . MyPPA merupakan kerangka generik yang memberi nilai tambah (added value) dalam pembangunan pelan strategik organisasi awam bagi mencapai perkhidmatan awam berprestasi tinggi. Organisasi awam boleh merujuk kerangka ini dan mengguna pakai dimensi-dimensi yang ditetapkan sebagai instrumen atau tools, melalui kaedah adapt atau adopt, dalam usaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan organisasi masing-masing. Kerangka MyPPA telah diluluskan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan nama MyPPA pada Mei 2024 seperti di Rajah sebelah. 168 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy