Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Dalam usaha untuk memastikan perkhidmatan terkini yang diberikan oleh JPA dan maklumat mengenai dasar dan polisi Kerajaan mengenai perkhidmatan awam dapat disampaikan, beberapa sesi program libat urus, sidang media dan hebahan telah dilaksanakan oleh JPA pada tahun 2024. Promosi program/ dasar/ aktiviti JPA dilaksanakan secara strategik menerusi semua saluran komunikasi seperti media massa, media sosial rasmi Jabatan dan komunikasi secara bersemuka melalui perkhidmatan program pameran. Pelan Pembangunan Profesional bagi Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dilancarkan pada 6 November 2024 semasa Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRMC) Tahun 2024 di Hotel Marriott, Putrajaya. PENERBITAN Pelan Pembangunan Profesional bagi Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) 01 Pelan ini adalah satu inisiatif strategik yang dirangka untuk memperkukuhkan kompetensi dan kapasiti pegawai PTD di pelbagai peringkat bermula Gred M9 sehingga Gred M14. Berdasarkan prinsip S.I.A.P (Struktur, Impak, Akauntabiliti dan Potensi), pelan ini boleh dijadikan rujukan kepada pegawai dan pengurus sumber manusia dalam merangka pembangunan yang berstruktur sesuai dengan kemajuan kerjaya. 162 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy