Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
¢ Merasionalisasi saiz Perkhidmatan Awammelalui perancangan sumber manusia yang sistematik dan berstruktur dengan menjalankan unjuran keperluan sumber manusia yang menyeluruh; ¢ Menyediakan Perkhidmatan Awam dengan skim perkhidmatan dan struktur organisasi yang relevan, anjal serta memenuhi keperluan semasa bagi membolehkan organisasi melaksanakan fungsi penubuhannya; ¢ Melahir dan membangun modal insan terbaik serta kompeten untuk memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan negara melalui dasar latihan dan program penajaan yang dinamik; ¢ Menguruskan pegawai awam dan membangunkan dasar pengurusan sumber manusia melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar perkhidmatan yang strategik dan berkesan; ¢ Menggubal dasar dan garis panduan berkaitan perkhidmatan psikologi mengikut keperluan semasa bagi memantapkan pembangunan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam; ¢ Mengutamakan kebajikan pesara dan penerima pencen melalui penambahbaikan dasar-dasar pasca perkhidmatan; ¢ Memperkenal pakej saraan terbaik dan menyeluruh kepada Pegawai Awam serta menjalin hubungan harmoni majikan-pekerja; dan ¢ Memantapkan penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber manusia ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Objektif FUNGSI PERANCANGAN ¢ Menentukan peranan sektor awam; ¢ Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam; ¢ Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia; ¢ Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan; ¢ Menentukan implikasi penswastaan/ pengasingan ke atas sumber manusia sektor awam; dan ¢ Membangunkan jaringan dan pakatan/ rakan strategik. PEMBANGUNAN ¢ Menentukan dasar pembangunan organisasi; ¢ Menentukan dasar pembangunan kerjaya; ¢ Pembangunan laluan kerjaya; ¢ Membangunkan pelan perancangan penggantian; dan ¢ Menentukan dasar latihan. PENGURUSAN ¢ Menguruskan pengambilan, penempatan, saraan, kenaikan pangkat, faedah persaraan, syarat- syarat perkhidmatan, perhubungan majikan- pekerja, latihan dan latihan sumber manusia; ¢ Menggubal dan memperjelaskan dasar bagi perkara-perkara yang dinyatakan di atas kepada agensi-agensi pelaksanaan; ¢ Menguruskan pemantauan dasar; dan ¢ Menguruskan penilaian dasar. 014 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy