Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

PENGENALAN Pada tahun 2024, bagi memantapkan organisasi Kerajaan ke arah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, Unit Integriti (UI) telah meneruskan usaha untuk mengukuhkan enam fungsi teras UI iaitu tadbir urus, pengukuhan integriti, pengesanan dan pengesahan, pengurusan aduan, pematuhan dan tatatertib di JPA bagi memastikan warga JPA mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh dan berintegriti. Pencapaian penting unit bagi tahun 2024 adalah seperti berikut: A. Pelaksanaan program pengukuhan integriti yang merangkumi pengurusan tatatertib dan nilai murni. Sepanjang tahun 2024, sebanyak 5 program pengukuhan integriti yang merangkumi pengurusan tatatertib dan nilai murni telah dilaksanakan kepada warga JPA seperti yang berikut: 1. Bicara Integriti Siri 1: Pengukuhan Integriti dan Spiritual Melalui Ramadan 2. Seminar Pengurusan Kewangan Peribadi 3. Kursus Pengurusan Tatatertib 4. Bicara Integriti Siri 2: Malaysia MADANI, Pembinaan Negara Bangsa 5. Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) UNIT INTEGRITI Umumnya penganjuran kursus-kursus seperti ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan komitmen warga JPA dalam memperkukuhkan organisasi dengan budaya berintegriti dan memantapkan nilai-nilai yang positif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. B. Pelancaran Pasukan Sahabat Integriti dan Sambutan Hari Integriti Peringkat JPA Tahun 2024 Pelancaran Pasukan Sahabat Integriti JPA dan Sambutan Hari Integriti Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2024 telah diadakan pada 21 November 2024 di Auditorium, JPA bersempena Hari Integriti Peringkat Nasional yang disambut pada bulan November setiap tahun. Program ini umumnya bertujuan mewujudkan platform perkongsian ilmu secara inklusif dalam menyebarluaskan kepentingan integriti dalam penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan isu-isu integriti dalam perkhidmatan awam. Manakala pelancaran Pasukan Sahabat Integriti JPA adalah bertujuan untuk membantu pelaksanaan mekanisme tatakelola dan program, pembudayaan nilai perkhidmatan awam melalui Unit Integriti di samping membantu mempromosi usaha-usaha memperkasa amalan nilai dan tatakelola baik melalui komunikasi strategik kepada warga JPA. Seramai 397 orang warga JPA dalam kalangan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana Program ini telah menghadiri program ini dan telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). 130 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy