Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
PENGENALAN Pada tahun 2024, bagi memantapkan organisasi Kerajaan ke arah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, Pejabat Penasihat Undang-Undang Jabatan Perkhidmatan Awam telah meneruskan usaha untuk memberikan nasihat perundangan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada yang berkuat kuasa. Antara pencapaian penting bagi tahun 2024 adalah seperti yang berikut: A. Pencapaian 1 Memberi khidmat nasihat perundangan, maklum balas, ulasan dan kajian undang-undang berhubung dengan isu undang-undang selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang yang berkuat kuasa dan dasar Kerajaan. PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG B. Pencapaian 2 Menyemak dan menggubal rang undang-undang perundangan utama dan perundangan subsidiari untuk kelulusan Jabatan Peguam Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, undang- undang yang berkuatkuasa dan dasar Kerajaan. C. Pencapaian 3 Menyertai sesi libat urus, mesyuarat dan rundingan mengenai isu perkhidmatan dan pengoperasian bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah selaras dengan lunas undang-undang. Graf 10: Statistik Pencapaian KPI Pejabat Penasihat Undang-Undang JPA Tahun 2024 215 773 8 781 271 Nasihat Perundangan Semakan Draf Perjanjian/ Memorandum persefahaman dan instrumen perundangan Penggubalan/ Semakan (Perundangan Utama & Subsidi) Menghadiri Mesyuarat/ Perbincangan Kursus/ Seminar/ Ceramah 126 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy