Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

C. LAWATAN PENANDA ARAS: MAJLIS BANDAR DIRAJA KLANG Lawatan Penanda Aras keMajlis Bandar DiRaja Klang (MBDK) telah diadakan pada 5Mac 2024 yang disertai seramai 35 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai dari setiap bahagian di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Lawatan penanda aras ke MBDK merupakan salah satu inisiatif ke arah usaha memperkasakan lagi pengurusan aduan dan khidmat pelanggan di JPA memandangkan MBDK telah diiktiraf antara 20 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbaik Malaysia dalam Penarafan Bintang. Disamping itu juga Yang Dipertua (YDP) MBDK telah terpilih untuk menerima anugerah Kepimpinan Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik Perbandaran 2023. D. KURSUS PENGURUSAN STRESS DAN MEMAHAMI BAHASA BADAN Kursus Pengurusan Stress Dan Memahami Bahasa Badan diadakan bertujuan meningkatkan tahap kecekapan pegawai-pegawai di JPA dalam penyampaian perkhidmatan agar lebih responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan. Pelaksanaan kursus ini berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 12 hingga 14 Jun 2024 di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang. Seramai 35 orang peserta telah mengikuti kursus ini yang terdiri daripada Pegawai Kaunter JPA4U dan Pegawai Pengurusan Aduan (PPA) dari setiap bahagian yang berkaitan di JPA. 124 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy