Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
B. PENGANUGERAHAN HADIAH UTAMA BAGI KATEGORI BEST ELECTRICAL OPTIMISED GREEN DATA CENTRE AWARD TAHUN 2024 JPA telah merangkul hadiah utama bagi kategori Best Electrical Optimised Green Data Centre Award pada Majlis Anugerah Pusat Data Hijau Tahun 2024 yang dianjurkan oleh Badan Akreditasi dan Pensijilan Pengkomputeran Hijau, Green Climate Initiative (GCI) pada 28 November 2024. Pencapaian ini membuktikan komitmen JPA untuk sentiasa melaksanakan standard kecemerlangan dan amalan terbaik dalam pengkomputeran hijau mengikut piawaian antarabangsa bagi memastikan amalan pengkomputeran hijau yang cekap dan berkesan. Penyampaian anugerah kepada Pengarah BDTM, Puan Noorjan binti Mustapha C. PELAKSANAAN PERKHIDMATAN SECARA END-TO-END (E2E) BAGI PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH JPA Pihak Kerajaan giat melaksanakan transformasi digital yang inklusif untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan memacu pertumbuhan ekonomi digital negara. Perkhidmatan E2E merupakan salah satu elemen penting yang terkandung dalam Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) bagi menyokong transformasi digital. Pada tahun 2024, JPA telah menawarkan beberapa perkhidmatan secara E2E bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran, mengurangkan birokrasi, dan mempercepatkan perkhidmatan kepada rakyat. Perkhidmatan yang telah dilaksanakan secara E2E pada tahun 2024 adalah seperti berikut: Sistem Award GCR telah mula digunakan secara rintis di Jabatan Perdana Menteri dan agensi di bawahnya pada Mei 2024. Sistem ini akan diperluaskan penggunaannya kepada Kementerian-kementerian dan agensi-agensi bermula pada tahun ini. Sistem Semakan Gaji telah dibangunkan pada tahun 2024 dan mula digunakan oleh Bahagian Gaji dan Elaun (BGE) bermula pada 24 Januari 2025. Fungsi Tawaran Opsyen SSPA Melalui HRMIS 2.0 telah digunakan pada 1 Oktober 2024. Melalui fungsi ini pegawai awam membuat pilihan berkaitan skim perkhidmatan mereka secara dalam talian. Sistem Award Gantian Cuti Rehat (GCR) Sistem Semakan Gaji Fungsi Tawaran Opsyen SSPA Melalui HRMIS 2.0 115 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy