Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

PENGENALAN JPA komited dalam meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia Kerajaan melalui inisiatif transformasi digital seperti pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS), penyampaian perkhidmatan End-to-End , dan penggunaan Pusat Data Hijau yangmampan. Inisiatif- inisiatif yang dilaksanakan oleh Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat ini bukan sahaja menyokong transformasi digital Kerajaan, tetapi juga bertujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, mempercepatkan proses pentadbiran, serta memperkukuhkan keselamatan dan ketelusan dalam sistem Kerajaan. Berikut merupakan antara pencapaian penting bagi tahun 2024: A. PENSIJILAN ISO/IEC 27001:2022 – SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) Pada tahun 2024, JPA telah dianugerahkan pensijilan ISO/IEC 27001:2022 – Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) merangkumi skop pengurusan perkhidmatan Human Resource Management Information System (HRMIS) dan PerkhidmatanMeja Bantuan HRMIS Tahap Satu. ISO/IEC 27001:2022 ialah versi terkini bagi piawaian antarabangsa dalam Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang diterbitkan oleh International Organization for Standardization (ISO) dan International Electrotechnical Commission (IEC). BAHAGIAN DIGITAL DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Pensijilan ini membuktikan komitmen JPA dalam memastikan keselamatan, integriti dan kebolehpercayaan data pegawai awam dalam sistem HRMIS diurus melalui proses pengurusan risiko terhadap personel, proses dan sistem teknologi maklumat dengan sistematik. Pensijilan ini juga meningkatkan keyakinan pengguna dan pihak berkepentingan terhadap keselamatan sistem, membuktikan komitmen Kerajaan dalam menguruskan maklumat perkhidmatan awam dengan lebih profesional dan selamat. Melalui pengurusan risiko yang baik, HRMIS dapat menyokong transformasi digital Kerajaan dengan memastikan sistem yang lebih cekap, telus, dan selamat bagi semua pengguna. Sijil Pematuhan ISO/IEC 27001:2022 – Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) daripada pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. 114 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy