Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

D. GARIS PANDUAN PEMBUDAYAAN KESERONOKAN BEKERJA SEKTOR AWAM Pada 9 Disember 2024, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan surat edaran dan Garis Panduan Pembudayaan Keseronokan Bekerja Sektor Awam. Iamerupakan perincian Strategi Keberhasilan Reformasi 4 di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam iaitu Pembudayaan Keseronokan Bekerja. Garis panduan ini menjelaskan empat peringkat dan 12 komponen yang menyumbang kepada keseronokan bekerja bagi mewujudkan pegawai awam bahagia, produktif dan sejahtera yang membentuk organisasi kondusif, sejahtera serta berprestasi tinggi. Peringkat organisasi merangkumi aspek analisis keseronokan bekerja, keseimbangan keperluan kerjaya dan kehidupan, pengurusan sumber manusia, budaya organisasi dan persekitaran tempat kerja. Peringkat kepimpinan pula merangkumi komponen kepimpinan manusiawi dan memperkukuh hubungan antara penyelia dan warga kerja. Peringkat individu turut diberikan perhatian dengan memberi keutamaan kepada aspek pemerkasaan dan adaptasi diri. Peringkat tatakelola pula memperincikan komponen tadbir urus, strategi komunikasi dan pengiktirafan. Pelaksanaan pembudayaan keseronokan bekerja secara berterusan akan mampu meningkatkan motivasi dan produktiviti pegawai awam dan seterusnya menyumbang kepada prestasi organisasi. E. MESYUARAT PERHUBUNGAN PEGAWAI PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2024 Mesyuarat Perhubungan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam diadakan bertujuan untuk membincang dan menyelaras perkara-perkara berkaitan perkhidmatan psikologi di Kementerian/Jabatan/ Agensi. Pada tahun 2024 telah diadakan sebanyak tiga kali mesyuarat iaitu pada bulan Februari, Jun dan November 2024. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Abdul Jalil bin Hassan, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs) dihadiri oleh pegawai-pegawai psikologi yang mewakili Kementerian, Jabatan dan PSUK negeri seluruh Malaysia serta pegawai-pegawai Kanan Bahagian Pengurusan Psikologi. Mesyuarat ini menjadi platform untuk memacu perkhidmatan psikologi sektor awam dan pemantauan serta penyeragaman prosedur pengurusan yang melibatkan perkhidmatan psikologi sektor awam. Berikut adalah jadual pelaksanaan mesyuarat bagi tahun 2024: 112 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy