Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Bahagian Pengurusan Psikologi (BPP) bertanggungjawab dalam pembangunan kesejahteraan mental, motivasi, dan daya tahan pegawai awam melalui program intervensi psikologi, kaunseling, serta pembangunan sahsiah. Selain itu, bahagian memastikan Perkhidmatan Awam mempunyai dasar psikologi yang inklusif dan progresif bagi memacu kesejahteraan sumber manusia. Pencapaian bahagian pada tahun 2024 adalah seperti berikut: A. MESYUARAT JAWATANKUASA PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM (JPPA) BILANGAN 1 TAHUN 2024 Mesyuarat Jawatankuasa Psikologi Perkhidmatan Awam (JPPA) Bilangan 1 Tahun 2024 telah diadakan pada 21 Oktober 2024 bertempat di Dewan Seri Baiduri, Institut Tadbiran Awam Negara. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri. Pelaksanaan mesyuarat JPPA ini bertujuan membincangkan hala tuju dan isu-isu berkaitan psikologi dalam Perkhidmatan Awam. Sebanyak tujuh kertas telah dibentangkan merangkumi Fungsi Baharu, Hala Tuju dan Perluasan Skop Perkhidmatan Psikologi, Pembangunan Sistem Penilaian dan Pemprofilan Psikologi Perkhidmatan Awam, Pelaksanaan Sistem Pemprofilan Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Awam (MyPsyD), Pelaksanaan Value Champion Office r (VCO) Perkhidmatan Awam, Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) 2.0 dan Pelan Pembudayaan Nilai Perkhidmatan Awam. BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI B. PROGRAM COACHING ON POLICY ENHANCEMENT (COPE) Program CoachingonPolicyEnhancement (COPE) merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan bagi membimbing dan membantu Pegawai Psikologi di Kementerian/ Agensi dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Program ini merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan bagi membimbing dan membantu Pegawai Psikologi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam pelaksanaan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia serta memberi keyakinan kepada PPSi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di Kementerian/ Agensi. Pendekatan coaching telah dilaksanakan dalam pelan pembelajaran dan pengajaran agar peserta merasa dipandu dengan baik dan dapat melaksanakan perkhidmatan psikologi dengan menyeluruh di Kementerian/ Agensi masing- masing. Kumpulan Sasaran bagi program ini adalah terdiri dari Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang memperolehi pencapaian rendah dalam Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia tahun 2023. Program ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Sub Kluster Pengurusan Psikologi Agensi dengan bantuan fasilitator daripada kluster-kluster lain dalam sesi-sesi perbincangan. Antara pencapaian penting bagi tahun 2024 adalah seperti berikut: • ProgramCOPE telahmembantumeningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan psikologi di peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi. • Program COPE juga membantu dalam peningkatan kemahiran dan pengetahuan berkaitan aplikasi psikologi melalui sesi perkongsian dan penyelesaian isu-isu berkaitan pelaksanaan perkhidmatan Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia. 111 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy