Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

E. JPA MADANI ADOPTED VILLAGE PROGRAMME: KAMPUNG PULAU AMAN, PULAU PINANG Program Kampung Angkat MADANI JPA: Kampung Pulau Aman, Pulau Pinang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2024 melibatkan semua Bahagian di Jabatan Perkhidmatan Awam merangkumi 12 projek fizikal dan 23 projek bukan fizikal dengan peruntukan sebanyak RM2.47 juta. Sebagai tanda bermulanya program ini, Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI JPA: Kampung Pulau Aman, Pulau Pinang telah diadakan pada 6 Mei 2024 yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Manakala majlis penutup pula telah dilaksanakan pada 8 Disember 2024. Pelaksanaan projek fizikal seperti pemasangan lampu solar, penaiktarafan jeti, pembaikpulihan dewan serbaguna dan lain-lain dilihat telah memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk Kampung Pulau Aman dalammenjalani kehidupan seharian terutamanya dari segi sosial dan ekonomi penduduk. Dalam masa yang sama, pelaksanaan projek bukan fizikal seperti gotong royong keceriaan kampung, taklimat keselamatan dan kesedaran kesihatan, program pembudayaan pendigitalan dalam kelas Sekolah Kebangsaan Pulau Aman dan lain lain pula telah memberi nilai tambah kepada pembangunan sahsiah dan modal insan penduduk Kampung Pulau Aman. JPA telah menjalin kerjasama strategik bersama Pejabat SetiausahaKerajaanNegeri PulauPinang, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Perlis/Kedah/Pulau Pinang, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan dan lain-lain bagi menjayakan pelaksanaan projek- projek tersebut. 110 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy