Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Kumpulan KIK dan inovasi JPA yang telah memenangi pertandingan inovasi di peringkat JPA telah menyertai pertandingan di peringkat lebih tinggi seperti Pertandingan KIK dan Inovasi Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) Pertandingan yang disertai oleh JPA pada tahun 2024 adalah seperti berikut: Jadual 29: Penyertaan JPA Hari Inovasi dan Kecemerlangan (HIK) JPM 2024 PERTANDINGAN PENYERTAAN PEMILIK PROJEK Horizon Baharu KIK JPM 2024 (Kategori Penyampaian Perkhidmatan – Penambahbaikan) Sistem SMART STPM Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO) Sistem e-Penilaian INTAN Bukit Kiara Anugerah Inovasi JPM 2024 (Trek Keselamatan dan Pentadbiran) Sistem Pengurusan Bilik Asrama (SPBA) INTAN Wilayah Selatan Sistem Aduan Kerosakan (e-CS) Replikasi JPM Digital Training Information & Management Systems (DTIMS) INTAN Bukit Kiara Sistem e-Penilaian C. PENYERTAAN DALAM PROGRAM ACCELERATED INDUSTRIAL ATTACHMENT FOR COMPETENCY EXCELLENCE (AICE) Pada tahun 2024, Program Accelerated Industrial Attachment for Competency Excellence (AICE) telah diperkenalkan selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) pada 7 November 2023 untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada pegawai awam muda dan berpengalaman bagi meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai bidang baharu mengikut keperluan semasa negara. JPA telahmenghantar empat orang pegawai yang terdiri daripada pelbagai gred dan dari bahagian-bahagian di JPA untuk menyertai program ini dalam bidang Transformasi Digital dan Keselamatan Siber. Empat syarikat yang terlibat adalah Telekom Malaysia, Petronas, Bank Rakyat dan Nexagate Sdn. Bhd. Pegawai akan berada di syarikat untuk melaksanakan projek yang akan memberikan manfaat kepada Jabatan dan bahagian. Butiran peserta untuk pelaksanaan Program AICE tahun 2024 adalah seperti berikut: BIL. MAKLUMAT PEGAWAI/ TARIKH KELULUSAN MAKLUMAT PENEMPATAN (BIDANG/ AGENSI PENERIMA/ TAJUK PROJEK/ TEMPOH) 1. Puan Mazliaty binti Madzelan M54 BPO 19/6/2024 Bidang: Transformasi Digital Agensi Penerima : Telekom Malaysia Berhad Tajuk Projek : Membudayakan Pengurusan Perubahan Ke Arah Pendigitalan Dalam Organisasi Sektor Awam Tempoh: 1 Julai 2024 hingga 28 Februari 2025 (8 bulan) 2. Puan Nur Ilyani binti Qamarulzaman M48 BK 19/6/2024 Bidang: Keselamatan Siber Agensi Penerima: Nexagate Sdn. Bhd. Tajuk Projek: Data Risk Management in JPA Tempoh: 1 Julai 2024 hingga 31 Mac 2025 (9 bulan) 108 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy