Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
PENGENALAN Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran, dan perkhidmatan sokongan bagi memastikan kelancaran operasi Jabatan. Antara tugas utama bahagian ini termasuk pengurusan perjawatan, latihan dan pembangunan kakitangan, penyediaan belanjawan serta perolehan aset dan logistik. Matlamat utama BKP adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi teras JPA dalam pembangunan sumber manusia sektor awam. Pencapaian bahagian pada tahun 2024 adalah seperti berikut: A. BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN DAN GANTI RUGI BIASISWA MELALUI PENAMBAHAN SALURAN BAYARAN IAITU SISTEM iPAYMENT Bagi memantapkan organisasi Kerajaan ke arah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, Sektor Akaun, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telahmeneruskan usaha untukmenggalakkan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran danGanti Rugi Biasiswamelalui penambahan saluran bayaran iaitu sistem iPayment. JPA telah menjadi salah satu Jabatan rintis dalam melaksanakan kaedah terimaan ini yang mana sistem ini telah dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) selaras dengan perancangan Pelan Pendigitalan Sektor Awam (2021-2025)- Pemantapan Inisiatif Masyarakat Tanpa Tunai. MOD PEMBAYARAN DuitNow QR DuitNow Online Banking/Wallets Kad Debit, Kad Kredit, Kad Caj, Kad Prabayar e-Dompet BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN 105 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy