Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
F. KAUNTER URUSAN PERSARAAN DAN RUNDINGAN Sepanjang tahun 2024, Bahagian Pencen turut meneruskan usaha mendekati para pesara, waris pesara dan pengurus sumber manusia secara turut padang dengan membuka kaunter khidmat pelanggan bagi urusan persaraan dan rundingan. Perkhidmatan yang disediakan turut merangkumi perkhidmatan cetakan kad pesara bagi menggantikan kad pesara yang uzur, lama dan hilang. Perkhidmatan kaunter yang telah disediakan adalah sebanyak 27 sesi di seluruh negara dengan melibatkan seramai lebih 10,000 orang pengunjung yang terdiri daripada pesara, bakal pesara, pegawai sumber manusia Jabatan dan waris pesara Perkhidmatan yang diberikan adalah semasa ProgramJelajahdanKembaraMyPesarabersama Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP], Program MADANI Rakyat serta memenuhi undangan program yang dianjurkan pelbagai agensi Kerajaan. Antara perkhidmatan yang disediakan selain cetakan kad pesara adalah seperti berikut : - Semakan Penyata Pencen; - Pengiraan Penyelarasan Pencen; - Semakan Maklumat Perkhidmatan Lalu; - Pengemaskinian Maklumat Tanggungan; - Aduan Isu Pesara / Penerima Pencen; - Nasihat Pertukaran Akaun Bank; - Aplikasi MyPesara; dan - Pengurusan Hutang Kerajaan. G. KUTIPAN TERIMAAN AKAUN BELUM TERIMA Akaun Belum Terima (ABT) Bahagian Pencen (BP) terdiri daripada perkara berikut: a) Pencen terlebih bayar b) Gantian Cuti Rehat terlebih bayar c) Ganjaran terlebih bayar d) Bantuan Khas Kewangan terlebih bayar ABT ini berlaku disebabkan oleh kematian penerima pencen yang tidak dilaporkan serta telah tamat kelayakan bagi penerima pencen tersebut: a) Anak belajar IPT b) Anak cukup umur c) Anak berkahwin sebelum umur 21 tahun d) Balu berkahwin semula (pencen tanggungan) e) Perkahwinan dalam persaraan Kaedah terimaan Akaun Belum Bayar (ABT) Bahagian Pencen (BP) adalah seperti berikut: a) Potongan pencen bulanan bagi penerima pencen b) Pembayaran secara manual iaitu kiriman wang/wang pos/bank draf atas nama Akauntan Negara Malaysia c) Perbankan atas talian (online banking) melalui lima (5) bank yang terpilih Jumlah kutipan ABT bagi tahun 2024 adalah sejumlah RM10.36 juta. RM 10.36 million JUMLAH KUTIPAN ABT 104 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy