Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
JPA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak KWAP yang turut serta dalam sesi ziarah ini dan menyumbangkan barang keperluan kepada pesara uzur yang disantuni. Sesi Ziarah 3, 13 November 2024 Jabatan Perkhidmatan Awam telah merealisasikan beberapa inisiatif bagi mengangkat nilai-nilai murni yang menjadi tonggak dasar Malaysia MADANI khususnya nilai ‘Ihsan’, nilai ‘Mesra’ dalam prinsip MALAYSIA dan nilai ‘Empati Rakyat’ dalam prinsip H.E.M.A.T. Pada 13 November 2024, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengetuai sesi menyantuni dua orang pesara dan seorang balu kepada pesara di beberapa lokasi di Sabah. Sesi ziarah dimulakan dengan Encik Othman@Matius Angkaus di Kampung Kopungit, Kota Kinabalu. Beliau seorang pesara Muzium Sabah mengalami penyakit darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang. Beliau bersara pada 4 Januari 2019 dengan jawatan akhir sebagai Pembantu Luar. Sesi ziarah diteruskan ke Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu iaitu di rumah Encik Bakar @ Bagol bin Adani, seorang pesara dari Jabatan Bomba dan penyelamat. Beliau yang berusia 75 tahun, mengalami penyakit jantung. Lokasi terakhir adalah di rumah Puan Chu Moi Kui @ Ho Moi Kui yang merupakan balu pesara dan juga penerima pencen dari Kumpulan Wang Pencen Balu Anak Yatim (KWPBAY) di Taman Sempelang, Kota Kinabalu. Program ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah. Encik Samsul Bin Dollah, Pengarah Pembangunan Negeri Sabah, YBrs. Encik Ahmad Muizz bin Mohd Yusoff, Timbalan Presiden, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP], YM Tengku Azha Tengku Yusuff, Ketua Jabatan Perbankan Korporat, Affin Bank. 103 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy