Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Dalam ziarah tersebut, JPA bersama KWAP yang diketuai oleh YBhg. Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif yang turut serta dalam sesi ziarah berkenaan telah menyampaikan sumbangan barang keperluan seperti bakul makanan, tongkat berkerusi dan alat pemulihan (RORO Cushion 18” dan Hydraulic Lifting), di samping penyerahan sijil penghargaan dan kad pesara. JPA sentiasa prihatin terhadap warga pesara dengan menganjurkan program seumpama ini dari semasa ke semasa dalam memperkukuhkan jalinan hubungan serta keprihatinan terhadap kebajikan pesara. Sesi Ziarah 2, 30 Oktober 2024 Pada 30 Oktober 2024, bersempena Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Pegawai Awam Persekutuan Negeri Terengganu bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah berkesempatanuntukmengetuai sesimenyantuni dua orang pesara uzur. Sesi ziarah berkenaan turut disertai oleh YBhg. Datuk Hajah Nik Amlizan binti Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP], YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) dan YBrs. Encik Mohd Shahrim bin Hussin, Pengarah Bahagian Pencen JPA. Pesara uzur pertama yang diziarahi adalah Puan Rohati binti A. Jalil yang telah bersara pada 1 September 2011 dengan jawatan akhir sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Beliau kini mengalami ketumbuhan pada tulang belakang. Seorang lagi pesara yang disantuni adalah Encik Ahmad bin Puteh, yang telah bersara pada 1 Januari 1987 melalui penswastaan dengan jawatan akhir ketika itu sebagai Pegawai Kanan Trafik di Jabatan Telekom Malaysia. Beliau kini mengalami ketumbuhan dalam kepala. Sesi menyantuni pesara uzur berkenaan diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan dan barang keperluan harian daripada JPA manakala kerusi roda dan keperluan lain disumbangkan oleh KWAP. Penyerahan barang sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz dan YBhg. Datuk Hajah Nik Amlizan binti Mohamed. 102 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy