Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
C. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA SEMINAR PENGHAKIMAN MAHKAMAH SYARIAH : PERLAKSANAANNYA OLEH AGENSI KERAJAAN DAN PERMASALAHANNYA Sesi percambahan dan perkongsian ilmu acap kali dilaksanakan agar pemegang taruh memahami dengan jelas berkenaan pelaksanaan pemberian faedah persaraan termasuklah faedah terbitan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang- undang pencen yang sedang berkuatkuasa. Pada 14 November 2024, Unit Faedah Terbitan telah dijemput oleh Persatuan Peguam Syari’e Kelantan (PPSK) untuk membentang kertas kerja berhubung dengan pelaksanaan berkenaan pelaksanaan pemberian faedah persaraan di Seminar Penghakiman Mahkamah Syariah Pelaksanaannya Menurut Akta Pencen 1980. D. GARIS PANDUAN DOKUMENTASI PERSARAAN BESERTA CONTOH KUIRI Penyampaian perkhidmatan perlu sentiasa disemak, diperkemas dan ditambah baik khususnya bagi urusan persaraan yang dilaksanakan adalah teratur selaras dengan undang-undang pencen yang sedang berkuat kuasa. Dalam pada itu, Bahagian Pencen turut mengutamakan proses pembayaran faedah persaraan mahupun faedah terbitan dibuat pada masanya demi menjaga kebajikan serta kelangsungan hidup pesara dan tanggungannya yang layak. Pada tahun 2024, Bahagian Pencen telah menerbitkan Garis Panduan Dokumentasi Persaraan Berserta Contoh Kuiri. Garis panduan ini adalah hasil daripada kajian dan perbincangan strategik antara para pegawai yang bertanggungjawab menguruskan persaraan di peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP]. Kajian dan perbincangan yang dilaksanakan adalah berkenaan perkara yang boleh ditambah baik seterusnya menjadikan rujukan kepada pegawai sumber manusia Jabatan yang menguruskan dokumen persaraan meliputi Jabatan Persekutuan, Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Garis panduan ini bukan sahaja menyediakan contoh-contoh dokumentasi yang perlu diberikan perhatian, malah turut menekankan panduan penyediaan maklumat serta punca kuasa akan perlunya maklumat dan dokumen yang teratur dikemukakan oleh pegawai sumber manusia Jabatan. Kandungan garis panduan ini merangkumi panduan penyediaan salinan dan maklumat penting dalam buku perkhidmatan Kerajaan, kenyataan cuti, salinan dokumen sokongan serta contoh-contohkesilapandanketidaksempurnaan maklumat mahupun dokumen yang telah dikemukakan oleh pegawai sumber manusia untuk dijadikan rujukan. Rujukan ini disediakan bagi mengurangkan kesalahan berulang berlaku seterusnya melancarkan proses persaraan pegawai. E. PROGRAM ZIARAH PESARA BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI JPA Program 1, Ziarah 2 April 2024 YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) yang mewakili YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan binHaji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengetuai lawatan sempena Program Ziarah Kasih Ramadan Santuni Pesara Uzur Bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) di Desa Pinggiran Putra, Kajang dan Kampung Lalang, Dengkil pada 2 April 2024. 101 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy