Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
BAHAGIAN PENCEN PENGENALAN Bahagian Pencen, JPA bertanggungjawab dalam pengurusan faedah persaraan bagi pegawai awam, termasuk pemprosesan bayaran pencen, ganjaran, dan faedah lain kepada pesara serta waris pesara. Ia memastikan kelancaran pelaksanaan dasar dan peraturan pencen selaras dengan perundangan yang berkuat kuasa. Selain itu, bahagian ini juga menjalankan kajian serta penambahbaikan skim pencen bagi menjamin kebajikan pesara Kerajaan dan kelangsungan sistem pencen yang mampan. Antara pencapaian penting bagi tahun 2024 adalah seperti berikut: A. GARIS PANDUAN PENETAPAN KELAYAKAN PENCEN TERBITAN BAGI ANAK YANGMENDAPAT DIDIKAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan ketetapan kelayakan bagi seseorang anak yang mendapat pendidikan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk menerima faedah persaraan terbitan selaras dengan undang-undang pencen yang sedang berkuat kuasa iaitu Akta Pencen 1980 [Akta 227], Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Berkuasa Tempatan 1980 [Akta 239], Akta Saraan Hakim 1971 [Akta 45], Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237] dan Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, Ketentuan Saraan Setiausaha Politik. Garis Panduan ini turut terpakai kepada anak yang sedang menerima pencen tanggungan. B. MESYUARAT PENYELARASAN BERHUBUNG ISU PERKAHWINAN ISLAM DI MALAYSIA BERSAMA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) Bahagian Pencen (BP) telah dipertanggungjawabkan bagi urusan persaraan sektor awam di Malaysia. Ia termasuklah memastikan maklumat yang dikemukakan adalah benar dan berintegriti serta disahkan oleh pihak-pihak berkenaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Ini bagi memastikan faedah persaraan terutama faedah terbitan yang diluluskan kepada orang tanggungan adalah teratur dan memenuhi kelayakan sebagaimana peruntukan undang- undang yang berkaitan. Mesyuarat penyelarasan bersama Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang diadakan pertama kali pada 9 Februari 2022, telah memberi manfaat kepada BP dalam memastikan pembuktian pernikahan yang dikemukakan dalam proses faedah terbitan memenuhi peruntukan undang- undang pernikahan orang Islam di Malaysia. Mesyuarat seumpama ini termasuklah sesi perkongsian ilmu diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan isu-isu melibatkan perkahwinan pasangan beragama Islam di Malaysia diperjelaskan secara terperinci. 100 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy