Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Selain itu, Anugerah Agensi Induk Terbaik diadakan bagi mengiktiraf pencapaian Agensi Induk dalam melaksanakan peranan ini. Anugerah ini diberi berdasarkan kepada penilaian pencapaian agensi induk terhadap keaktifan pelaksanaan mesyuarat MBJ, keupayaan mencatatkan peratusan penyelesaian isu yang tinggi dan melaksanakan sistem pelaporan yang berkesan dengan wajaran markah keseluruhan adalah sebanyak 100%. Agensi Induk yang memperoleh purata nilai tertinggi di peringkat Persekutuan ialah Kementerian Komunikasi, manakala Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Sembilan pula adalah penerima bagi Agensi Induk di peringkat negeri. YBhg. Tan Sri KPPA telah menyampaikan anugerah tersebut yang berupa plak cenderamata dan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 untuk setiap pemenang. C. Pencapaian 3 Sesi Libat Urus, Naziran dan Taklimat Berkaitan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam BGE melalui sektor-sektor terlibat telah mengadakan beberapa sesi libat urus (SLU), naziran dan taklimat berkaitan pelaksanaan serta pematuhan sistem saraan seperti berikut:- a) SLU bersama Jabatan Premier Sarawak pada 2 April 2024 b) SLU bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 23 Mei 2024 c) Naziran ke Pejabat Perwakilan di Mesir dan Turkiye pada 19 hingga 27 Jun 2024 d) Naziran ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia Langkawi pada 22 hingga 24 Oktober 2024 098 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy