Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Malaysia MADANI, Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana atas keizinan dan rahmat-Nya, Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2024 ini berjaya dihasilkan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan Jabatan peneraju utama dalammerancang dan melaksanakan dasar-dasar utama perkhidmatan awam, memainkan peranan sebagai contoh kepada semua agensi dalam perkhidmatan awam dari segi melaksanakan tadbir urus dan tatakelola yang baik untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang telus dan efisen demi manfaat kepada rakyat khususnya dalam penyampaian perkhidmatan awam. Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada JPA atas segala usaha dan komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2024. Melalui nilai H.E.M.A.T. yang saya perkenalkan pada tahun 2024 setiap pegawai awam perlu #SeiringSepakat membudayakan amalan kerja secara bersama-sama, sentiasa bersedia dan bersemangat untuk menjalinkan kerjasama, dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Sebagai tulang belakang pentadbiran Negara, jentera perkhidmatan awam perlu mendukung dasar dan strategi di bawah Malaysia MADANI. Akhir kata, semoga segala usaha dan sumbangan JPA sepanjang tahun 2024 dapat meletakkan JPA sebagai organisasi yang relevan dan terus mengutamakan kesejahteraan rakyat. Melalui nilai H.E.M.A.T. yang saya perkenalkan pada tahun 2024 setiap pegawai awam perlu #SeiringSepakat membudayakan amalan kerja secara bersama- sama, sentiasa bersedia dan bersemangat untuk menjalinkan kerjasama, dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. 008 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy