PROGRAM PEMBANGUNAN TENAGA PENGAJAR INSTITUT LATIHAN AWAM (ILA) 06 Program Pembangunan Tenaga Pengajar Institut Latihan Awam (ILA) merupakan program penajaan khusus kepada tenaga pengajar Institut Latihan Awam (ILA) bagi meningkatkan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran tenaga pengajar ILA, selari dengan fungsi dan skim perkhidmatan ILA yang terlibat. Penajaan ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada tenaga pengajar ILA dalam menambah ilmu pengetahuan dan memperkasakan kemahiran mereka ke arah menjadikan ILA sebagai sebuah pusat latihan yang berkualiti tinggi dan disegani. Penekanan kepada penyertaan kursus-kursus strategik dan berimpak tinggi sama ada kursus di dalam negara atau di luar negara adalah penting bagi memastikan tenaga pengajar ILA dibekalkan dengan ilmu pengetahuan atau kemahiran yang relevan dan berkualiti tinggi, hasil bimbingan dan didikan daripada pakar-pakar tertentu mengikut bidang dan pengkhususan masing-masing. Objektif ini juga secara tidak langsung dapat melahirkan tenaga pengajar atau pakar rujuk yang berpengetahuan tinggi dalam bidang masing-masing, selari dengan hasrat negara ke arah melahirkan lebih ramai cendekiawan dan ilmuan dalam kalangan pegawai awam. b) Memberi peluang kepada peserta bagi menganalisis serta melakukan pemerhatian terus mengenai dasar serta polisi semasa Republik Korea dalam pentadbiran Negara dan pembangunan sumber manusia; c) Memberi peluang kepada pegawai menimba pengalaman serta amalan terbaik supaya dapat dilaksanakan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi masing-masing; dan d) Membina jaringan kerjasama bilateral serta hubungan baik antara Kerajaan Malaysia – Republik Korea melalui pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Agensi. Program ini juga merupakan salah satu program tahunan utama anjuran JPA yang telah diadakan sejak dari tahun 1983. Sehingga tahun 2023, seramai 1,780 orang pegawai dari Malaysia telah menghadiri program ini melalui 89 siri penganjurannya. Jabatan Perkhidmatan Awam 090
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy