PROGRAM SANGKUTAN 05 Program sangkutan merupakan program penajaan pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia ke syarikat-syarikat swasta atau agensi kerajaan di luar negara untuk tempoh selama satu bulan. Melalui program sangkutan sebegini, pegawai secara tidak langsung akan didedahkan dengan sistem tadbir urus dan amalan korporat yang dipraktikkan oleh syarikat multinasional di peringkat global. Selain itu, program ini juga merupakan salah satu program pembangunan kompetensi dan latihan kepada pegawai, dengan objektif utama pelaksanaannya ialah memberi pendedahan kepada persekitaran kerja sektor swasta yang lebih dinamik dan mencabar. Struktur program yang dilaksanakan juga sangat komprehensif melibatkan kursus persediaan yang akan dilaksanakan oleh pihak INTAN, modul sangkutan di syarikat swasta atau agensi Kerajaan di luar negara, lawatan perniagaan di luar negara dan juga pembentangan hasil dapatan peserta sepanjang program sangkutan berlangsung. Penyertaan program ini juga secara tidak langsung dapat meluaskan rangkaian kerjasama antara peserta dan syarikat swasta yang terlibat di mana pegawai berpeluang untuk melaksanakan projek tertentu atau terlibat secara langsung dengan kerja-kerja operasi yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut, tertakluk kepada ketetapan yang ditentukan oleh pihak syarikat. Pengalaman ini bukan sahaja akan memberi peluang latihan yang praktikal, malah akan dapat mewujudkan jaringan kerjasama antara pegawai Kerajaan dan sektor swasta di negara tersebut yang berpotensi menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih banyak antara kedua-dua negara. Selain itu juga, program sebegini dilihat dapat memberi peluang kepada Pegawai Awam mengikuti program di luar negara, sekaligus dapat memberi pengalaman yang berharga kepada peserta dalam mempelajari budaya kerja yang berbeza, seterusnya dapat menjana pemikiran yang lebih terbuka, kreatif dan inovatif. EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAMME (EDP) 06 Program ini merupakan salah satu program teras yang dilaksanakan di Central Officials Training Institute (COTI), Republik Korea anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah polisi Dasar Pandang Ke Timur. Pada Januari 2016, program COTI ini telah ditukar namanya kepada NHI Executive Development Programs (EDP). EDP merupakan program pembangunan pengurusan dan kepimpinan kepada Pegawai Awam pelbagai skim dan gred perkhidmatan yang menyasarkan perkara-perkara berikut: a) Memberi pendedahan kepada pegawai Kerajaan tentang falsafah dan nilai-nilai positif yang dimiliki oleh pegawai Kerajaan Republik Korea sehingga berjaya menjadikan negara mereka sebagai sebuah negara yang maju; Laporan Tahunan 2023 089
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy