Jadual: Program di Bawah Kursus Pendek Dalam dan Luar Negara Tahun 2023 BIL PROGRAM 1. Program Lead4Future (L4F) 2. Premier Leadership Programme (PLP) 3. British Companies Attachment Programme (BCAP) 4. Germany Companies Attachment Programme (GCAP) 5. Program Pembangunan Eksekutif di National Human Resources Development Institute (NHI), Republik Korea • Pelaksana (pegawai gred 29 - 40); • Junior (pegawai gred 41 - 44); dan • Senior (pegawai gred 48 - 54). 6. Management Training Programme for Junior Officers (pegawai gred 41-44) oleh JICA di Jepun 7. Leadership Development Programme For Middle Management Level (pegawai gred 4856) oleh JICA di Jepun 8. JICA Knowledge Co-Creation Program (Young Leaders) 2023 – Local Governance and Consumer Administration/ Education di Jepun. PREMIER LEADERSHIP PROGRAMME (PLP) 02 PLP merupakan program penajaan khusus kepada pegawai pada Gred JUSA, yang memberi fokus kepada kemahiran memimpin organisasi dan kemahiran memimpin di peringkat tertinggi. Selain itu, hasil pembelajaran dan pendedahan melalui program-program yang disertai secara tidak langsung dapat mengintegrasikan pengetahuan dan pengalaman pegawai dengan tindakan ke arah kebaikan diri dan organisasi. Program-program yang dilaksanakan juga dapat mencetuskan daya pemikiran yang strategik dan berupaya menonjolkan gaya serta ciri-ciri kepimpinan yang tersendiri pada setiap pegawai. Selain itu juga, pegawai berupaya mempamerkan kualiti keintelektualan yang tinggi dalam merungkai suatu permasalahan, seterusnya mengusulkan buah fikir penyelesaian yang wajar. Pegawai juga mampu menjadi sumber inspirasi/ pencetus perubahan dalam organisasi dan juga sudut pandang awam. Laporan Tahunan 2023 087
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy