LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Majlis Penyampaian Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) KDYMM SPB YDPA bersama penerima biasiswa pada 12 Julai 2023 di Istana Negara Sesi penganugerahan biasiswa oleh KDYMM SPB YDPA kepada salah seorang penerima pada 12 Julai 2023 di Istana Negara ii. Temu duga program Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2024 T emu duga HLP Sesi 2024 telah diadakan pada 22 Ogos 2023 hingga 29 Ogos 2023 yang mana melibatkan calon seramai 730 orang iaitu 255 orang calon Ph.D manakala 475 orang calon Sarjana. Calon-calon ini terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan guna sama dan bukan guna sama kecuali skim perkhidmatan yang telah diturunkan kuasa kepada kementerian bertanggungjawab seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan sebagainya. D aripada jumlah tersebut, hanya 12 orang sahaja yang telah ditawarkan BYDPA Tahun 2023. Majlis Penganugerahan BYDPA tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (KDYMM SPBYDPA) pada 12 Julai 2023 bertempat di Istana Negara. D aripada jumlah tersebut, hanya 250 orang pegawai daripada pelbagai skim perkhidmatan guna sama dan bukan guna sama telah ditawarkan HLP Sesi 2024 secara bersyarat. Tawaran bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024. iii. Sesi temu duga program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2024 pada 22 Ogos 2023 D alam pada itu, seramai 1,412 orang Pegawai Awam juga telah ditawarkan untuk mengikuti kursus jangka pendek di dalam dan luar negara di bawah pelbagai program seperti di Jadual. Kursus-kursus jangka pendek yang dilaksanakan tersebut adalah dengan kerjasama penyedia latihan tempatan dan luar negara serta rakan strategik JPA yang turut merangkumi program-program sangkutan. Jabatan Perkhidmatan Awam 086

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy