DATO’ SERI DR. ZULKAPLI BIN MOHAMED KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 16 JUN 2023 AUDITORIUM JPA, PUTRAJAYA PETIKAN UCAPAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM Ke arah Perkhidmatan Awam cemerlang berpaksikan Agenda Malaysia MADANI, saya ingin mengajak semua Pegawai Awam dan warga JPA untuk mengamalkan pendekatan 3R iaitu Re-structure, Re-alignment dan Re-engagement. Dalam apa jua pelaksanaan tugas kita seharian, pendekatan 3R ini perlulah dijadikan pedoman agar penyampaian perkhidmatan kita lebih efektif. Saya sentiasa mengamalkan 3R ini bagi melihat sesuatu isu/ permasalahan dalam perspektif serta sudut pandangan yang lebih holistik. Re-structure memerlukan kita sebagai warga JPA untuk sentiasa proaktif dengan turun padang untuk mendapat maklumat atau mengambil tahu setiap perkara yang berlaku di lapangan. Kita tidak sewajarnya mengambil sikap berdiam diri, tunggu dan lihat sahaja. Ataupun kita hanya mengambil tindakan apabila sesuatu masalah muncul. Proaktif memerlukan kita untuk berupaya meramalkan apa yang akan berlaku dan melakukan persediaan sewajarnya. Selain itu, Re-structure juga menuntut kita untuk meneliti semula struktur/ proses/ sistem supaya penggunaan sumber adalah optimum. Sebagai contoh, agensi yang tidak memberi output/ outcome/ keuntungan kepada Kerajaan perlulah dikaji semula. Re-alignment adalah penting bagi memastikan kejayaan pencapaian objektif yang telah dihasratkan Kerajaan. Sebagai contoh, Re-alignment menuntut kita untuk membuat penjajaran semula terhadap apa jua dasar/ inisiatif supaya ia seiring dengan persekitaran/ dasar semasa Kerajaan. Seterusnya yang terakhir adalah Re-engagement. Pelbagai kaedah Re-engagement seperti sesi libat urus, townhall, dialog, kaji selidik dan sebagainya adalah penting bagi menyingkirkan silos selain untuk mendapatkan input atau data yang lebih tepat. Sebelum saya akhiri ucapan, ingin saya ingatkan kembali peranan serta tanggungjawab kita sebagai Pegawai Awam dan juga warga JPA. Janganlah kita lupa amanah dan tanggungjawab yang perlu kita tunaikan. Ayuh, marilah sama-sama kita melaksanakan amanah dengan hati yang tulus ikhlas melalui pendekatan 3R iaitu Re-structure, Re-alignment dan Re-engagement. Apa sahaja yang kita sumbangkan dan usahakan, pastinya diberi ganjaran oleh Allah Subhanahuwataala dan memberi impak yang baik kepada organisasi, masyarakat dan negara. Jabatan Perkhidmatan Awam 006
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy