LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Majlis Amanat YBhg. Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara dan Penyerahan Surat Pemangkuan Kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48 dan M52 Tahun 2023 telah berlangsung pada 13 Julai 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Dalam ucapannya, YBhg. Tan Sri KSN menasihati pegawai supaya menguruskan segala sumber yang ada secara optimum dan efektif sebagai pemangkin pertumbuhan pembangunan negara. Beliau juga menyeru supaya Pegawai Awam terus memberikan perkhidmatan yang berpaksikan rakyat dan menggalas tugas yang diamanahkan dengan penuh daya usaha serta terus mengekalkan profesionalisme demi menjamin penyampaian perkhidmatan terbaik agar rakyat tidak lagi merungut. YBhg. Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali menyampaikan surat pemangkuan kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik di PICC Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48 dan M52 Tahun 2023 di PICC MAJLIS AMANAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA DAN PENYERAHAN SURAT PEMANGKUAN KEPADA PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M48 DAN M52 TAHUN 2023 02 YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim menyampaikan surat pemangkuan kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik Majlis Amanat Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48 dan M52 Tahun 2023 (Zon Selatan) Majlis Amanat Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48 dan M52 Tahun 2023 (Zon Selatan) telah berlangsung pada 10 Ogos 2023 melibatkan pegawai-pegawai dari negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor di Auditorium Seri Negeri, Melaka yang telah disempurnakan oleh YBrs. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) TKPPA (O). Amanat yang disampaikan oleh YBrs. Datuk Dr. TKPPA (O) menekankan agar pegawai-pegawai bertindak sebagai pemikir dan pemimpin perubahan yang dapat memberi sokongan dan bantuan kepada kepimpinan tertinggi di peringkat Persekutuan mahupun negeri dalam membangun Malaysia MADANI. MAJLIS AMANAT BERSAMA PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M48 DAN M52 TAHUN 2023 (ZON SELATAN) 03 Jabatan Perkhidmatan Awam 076

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy