LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

MyPERFORMANCE HRMIS DAN KAMUS KOMPETENSI FUNGSIAN (KKF) 01 Sistem Pengurusan Prestasi Baharu Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai MyPerformance HRMIS merupakan satu inisiatif baharu yang sedang dilaksanakan secara dual system dengan sistem LNPT HRMIS sehingga tahun penilaian 2024. Terdapat lima (5) elemen penilaian yang diperkenalkan di bawah MyPerformance HRMIS. Pada tahun 2023, BK telah meneruskan usahausaha bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada pegawai awam berhubung pelaksanaan MyPerformance HRMIS dengan mengadakan sesi taklimat dan Training-of-Trainers (ToT) terutamanya berkaitan elemen Penghasilan Kerja dan pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF). Pembangunan KKF bertujuan sebagai sumber rujukan kepada Pegawai Awam untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku yang diperlukan bagi jawatan yang disandang untuk melaksanakan tugas dengan sempurna. KKF ini merangkumi senarai kompetensi fungsian, tahap penguasaan dan latihan yang diperlukan untuk pembangunan sesuatu kompetensi. Setiap Ketua Perkhidmatan (KP) bertanggungjawab untuk membangunkan KKF bagi skim perkhidmatan di bawahnya bagi tujuan penilaian tahap kompetensi fungsian pegawai. Terdapat 450 kompetensi fungsian yang telah dibangunkan oleh 71 Ketua Perkhidmatan. Berdasarkan kepada senarai kompetensi fungsian yang telah dibangunkan, proses pemurnian ke atas kompetensi tersebut telah dilaksanakan dengan melihat kepada pelbagai aspek antaranya kompetensi yang bertindih, mempunyai persamaan dan juga kompetensi yang berciri lebih menjurus kepada aktiviti dan proses kerja. Lanjutan itu, Sesi Libat Urus (SLU) pemurnian KKF telah dilaksanakan bersama Ketua Perkhidmatan mengikut enam (6) kluster, iaitu kluster Keselamatan, Pendidikan, Teknikal, Sains dan Teknologi, Kesihatan dan Pengurusan, Ekonomi dan Pentadbiran. Sepanjang tahun 2023, BK telah mengadakan SLU bersama Kementerian/ Jabatan/ Agensi bagi mendapatkan maklum balas yang lebih komprehensif serta cadangan penambahbaikan berkaitan pelaksanaan MyPerformance HRMIS yang turut merangkumi proses pemurnian KKF seperti berikut: BAHAGIAN PERKHIDMATAN BIL PERKARA JUMLAH SESI 1. Taklimat MyPerformance 7 2. Sesi ToT Sasaran Kerja Utama (SKU) 19 3. Taklimat Pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) 42 JUMLAH KESELURUHAN SESI 68 sesi Jabatan Perkhidmatan Awam 074

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy