LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

PROGRAM CAKNA MADANI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 03 Pada tahun 2023, BPPD dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI), Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO) serta Bahagian Perkhidmatan (BK) JPA telah melaksanakan tiga (3) Program Cakna MADANI yang bertujuan untuk meningkatkan tahap pemahaman setiap nilai, teras dan pemboleh daya strategik kepada Pegawai Awam mengikut kumpulan sasar terhadap Konsep Malaysia MADANI. Program Cakna MADANI ini mempunyai tiga (3) sesi utama iaitu (i) pembentangan konsep Malaysia MADANI oleh Institut Darul Ehsan (IDE), (ii) perbincangan panel, dan (iii) sesi soal jawab bersama YAB Perdana Menteri. Para hadirin dalam program berpeluang untuk mengajukan pertanyaan atau pendapat kepada YAB Perdana Menteri. A. Program Cakna MADANI YAB Perdana Menteri Bersama Pelajar Tajaan JPA Institusi Pengajian Tinggi Tempatan Tarikh : 13 Jun 2023 Tempat : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bil. Kehadiran : 1,807 pegawai B. Program Cakna MADANI YAB Perdana Menteri Bersama Agensi Penguat Kuasa Tarikh : 13 Julai 2023 Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Bil. Kehadiran : 2,090 pegawai C. Program Cakna MADANI Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Zon Timur Tarikh : 23 Julai 2023 Tempat : Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan Bil. Kehadiran : 1,200 pegawai Program Cakna MADANI YAB Perdana Menteri Bersama Pelajar Tajaan JPA Institusi Pengajian Tinggi Tempatan pada 13 Jun 2023 Laporan Tahunan 2023 071

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy