Peserta mesyuarat sedang mengadakan perbincangan untuk merangka KPI organisasi masing-masing Peserta Mesyuarat Kerja Pemantapan dan Pembangunan KPI PPTPA bersama Urus Setia PROGRAM DIGITAL GOVERNMENT COMPETENCY DEVELOPMENT (DGCD) 02 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan Program Digital Government Competency Development (DGCD) pada 20–22 Jun 2023, sebagai salah satu komitmen Malaysia dalam ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM) Work Plan 2021-2025. Penganjuran Program DGCD merupakan inisiatif pembangunan kapasiti (capacity building programme) untuk 29 orang pegawai Kerajaan dari Negara Anggota ASEAN dan Timor Leste yang terlibat secara langsung dalam dasar nasional mengenai kerajaan digital. Matlamat utama program ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pembangunan kompetensi Pegawai Awam ke arah kerajaan digital. Agensi-agensi Kerajaan termasuk MyDIGITAL Corporation, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah berkongsi inisiatif-inisiatif dan rangka tindakan strategik yang direncanakan dalam usaha memperkasa pendigitalan penyampaian perkhidmatan. Peserta juga diberikan pendedahan terhadap inisiatif swasta melalui lawatan pembelajaran ke Huawei Kuala Lumpur. Program ini turut disertai oleh dua (2) orang pakar antarabangsa dari Australian Public Service Commission (APSC). Para peserta Program DGCD melibatkan 29 orang pegawai Kerajaan di kalangan Negara Anggota ASEAN dan Timor Leste Jabatan Perkhidmatan Awam 070
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy