LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Sesi pembentangan KPI oleh Angkatan Tentera Malaysia semasa Mesyuarat JKS-KPIPA Barisan Panel JKS-KPIPA 2023 bersama Urus Setia KPI PPTPA b) Bengkel Train-The-Trainer (TTT) Sistem MYKPI V2.0 Pada 18, 20 dan 21 Julai 2023, Urus Setia KPI PPTPA telah menganjurkan Bengkel Train-TheTrainer (TTT) Sistem MyKPI Versi 2.0 bersama Kementerian/ Agensi bertempat di Bilik Makmal Komputer SPK, Aras 4, Blok C3, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sistem MyKPI Versi 2.0 yang dibangunkan secara dalaman oleh Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) telah mulai digunakan secara penuh pada bulan Jun 2023. Bengkel yang berkonsepkan train-thetrainer ini diadakan untuk memastikan pengurusan sistem MyKPI berjalan dengan lancar di peringkat Kementerian/ Agensi. Seramai 176 peserta yang terdiri daripada kalangan Pegawai Penyelaras KPI Kementerian/ Agensi PPTPA Tier 1 telah hadir ke bengkel ini. Fasilitator bersama-sama peserta Bengkel Train-The-Trainer (TTT) Sistem MyKPI Versi 2.0 Jabatan Perkhidmatan Awam 068

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy