LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PERANCANGAN DAN DASAR PENGURUSAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PENJAWAT PENGURUSAN TERTINGGI PERKHIDMATAN AWAM (PPTPA) 01 Pada tahun 2023, BPPD berjaya melaksanakan empat (4) program utama pengukuhan pengurusan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (KPI PPTPA) supaya pelaksanaan urusan penilaian prestasi berdasarkan KPI di Kementerian dan Jabatan berjalan lancar dan teratur. Program-program yang telah dilaksanakan merangkumi Mesyuarat Semakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA), Bengkel Train-The-Trainer sistem MyKPI V2.0, Mesyuarat Kerja Pemantapan dan Pembangunan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) dan Mesyuarat Kerja Pemurnian Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA). Ringkasan pelaksanaan keempat-empat program tersebut adalah seperti berikut: a) Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Penilaian prestasi berasaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 1 merangkumi penilaian prestasi Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Perkhidmatan, Ketua Pengarah Agensi Pusat, Setiausaha Kerajaan Negeri terpilih dan Setiausaha Persekutuan Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2023, BPPD yang merupakan Urus Setia KPI PPTPA Tier 1 berjaya melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Petunjuk Prestasi Utama Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (JKSKPIPA) bermula 6 hingga 20 Mac 2023. Mesyuarat selama 11 hari ini diadakan sebagai usaha penambahbaikan berterusan bagi urusan pelaksanaan penilaian prestasi PPTPA Tier 1 dan sebagai salah satu sesi libat urus bersama pegawai penyelaras KPI PPTPA Tier 1 di Kementerian/ Agensi. Semasa sesi semakan diadakan, panel JKS-KPIPA diberikan penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan indikator KPI oleh wakil-wakil Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan. Pengarah BPPD, JPA iaitu YBrs. Dr. Anesee bin Ibrahim mempengerusikan Panel JKS-KPIPA, dan ahli mesyuarat terdiri daripada wakil Agensi Pusat, iaitu Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Ekonomi (KE), Jabatan Audit Negara (JAN), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan Pemantauan (ICU). Sesi semakan ini juga berperanan sebagai platform untuk menilai dan memuktamadkan KPI dalam penilaian prestasi PPTPA yang berkaitan. Sebanyak 48 Kementerian/ Agensi termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah menghadiri mesyuarat tersebut. Laporan Tahunan 2023 067

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy