LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersama 27 Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dan 10 Pegawai Kanan Kerajaan telah menghadiri program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang berlangsung pada 15 Januari 2023 di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Program dilaksanakan bagi memperkukuh dan memantapkan kesepakatan dan kesepaduan dalam kalangan Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan. Selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, program permukiman ini diisi PERMUKIMAN ANGGOTA JEMAAH MENTERI KERAJAAN PERPADUAN dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tatakelola atau tadbir urus jentera Kerajaan. Aspek-aspek ini merangkumi Struktur Kerajaan dan Hal Ehwal Pentadbiran Awam, Pengurusan Kewangan dan Perolehan Kerajaan, Persidangan Antarabangsa dan Kepentingan Negara, Protokol Kerajaan dan Profesionalisme, Pembangunan Lestari, Senario Ekonomi dan Cabaran, serta taklimat berkaitan Komunikasi Media. YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara turut menyampaikan taklimat Pelaksanaan KPI Anggota Jemaah Menteri semasa sesi permukiman tersebut. 06 Laporan Tahunan 2023 063

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy