LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Majlis Istiadat Penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam dan Felo INTAN Tahun 2023 telah berlangsung pada 11 Mei 2023 (Khamis) bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis diadakan bagi meraikan detik yang penuh bermakna bagi 397 orang graduan DPA INTAN tahun 2022 yang menerima Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam INTAN. Ucaptama telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Bin Ali, Ketua Setiausaha Negara. YBhg. Tan Sri KSN dalam ucapan beliau, menyeru graduan untuk kekal berdaya saing dalam dunia kerjaya pada hari ini, khususnya dalam Perkhidmatan Awam dan perlu memiliki kompetensi kepimpinan unggul. MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM DAN FELO INTAN TAHUN 2023 Pegawai PTD muda diseru untuk sentiasa fokus kepada matlamat dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas kerana kegagalan dalam menyempurnakan tugas akan menyebabkan matlamat organisasi gagal dicapai. Memiliki daya tahan, daya juang yang utuh daripada segi fizikal dan mental akan dapat melonjakkan pegawai ke arah mencapai matlamat yang diinginkan sekalipun berdepan dengan kesukaran. Majlis turut menyampaikan Anugerah Felo INTAN 2023 kepada YBhg. Tan Sri Dr. Halim bin Shafie. Penganugerahan Felo INTAN merupakan tradisi tahunan berprestij yang diberikan kepada tokoh ternama terpilih sebagai penghormatan dan penghargaan atas sumbangan beliau kepada negara dan Perkhidmatan Awam. Di samping itu, Anugerah Khas turut disampaikan kepada graduan yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang masing-masing iaitu : ž Awang Syazuan Shafiq Bin Awang Jaya Anugerah Khas Ketua Setiausaha Negara Bagi Kepimpinan Terbaik ž Nurul Izzati Binti Mohamed Zamani Anugerah Khas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bagi Akademik Terbaik ž Mohd Fitri Bin Idris Anugerah Khas Pengarah INTAN Bagi Sahsiah Terbaik Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan YBhg. Datuk Dr. Alauddin bin Sidal, Pengarah INTAN. 04 Laporan Tahunan 2023 061

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy