YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan ucaptama pada Forum The G.R.E.A.T Civil Service dan seterusnya melancarkan Buku G.R.E.A.T serta Modul Latihan Konsep G.R.E.A.T pada 20 Jun 2023 di Auditorium INTAN, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Buku yang telah dihasilkan ini membawakan latar belakang cetusan idea The G.R.E.A.T Civil Service oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara dan hubungkaitnya dengan Gagasan Malaysia MADANI. Lima nilai utama dalam konsep G.R.E.A.T dijelaskan dengan lebih terperinci, di samping perbincangan berkaitan cabaran Perkhidmatan Awam masa hadapan. Modul kursus yang dihasilkan pula bertujuan menyematkan hasrat, falsafah dan aspirasi The G.R.E.A.T Civil Service dalam kalangan Pegawai Awam, yang diharapkan dapat mencorakkan budaya kerja yang unggul dalam pelaksanaan tugas di organisasi masing-masing. Pada majlis ini juga, Forum The G.R.E.A.T Civil Service telah dilangsungkan sebagai medan perkongsian pengetahuan dan pengalaman oleh Pegawai Awam dalam menghayati dan melaksanakan aspirasi G.R.E.A.T sebagai hala tuju penyampaian perkhidmatan oleh sektor awam dalam menjayakan agenda Malaysia MADANI. INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) FORUM THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE: CABARAN DAN ASPIRASI BAHARU PERKHIDMATAN AWAM Seramai empat (4) orang panel pembentang telah mengambil bahagian dalam forum iaitu YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi; YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh; YBrs. Dr. Mazrina binti Mohamed Ibramsah, Timbalan Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia dan YBhg. Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Setiausaha Sulit Kanan, Ketua Setiausaha Negara. Ahli panel telah mengupas kepentingan lima (5) elemen G.R.E.A.T iaitu Governance, Responsible, Empathy, Accountable & Tenacity of Purpose dalam pelaksanaan tugas melalui pengalaman mereka dalam menguruskan organisasi masing-masing. Forum ini memberi pendedahan mengenai kepentingan elemen The G.R.E.A.T Civil Service kepada Pegawai Awam di samping memberi kefahaman mengenai pengaplikasian konsep G.R.E.A.T menerusi pelaksanaan inisiatifinisiatif baharu dalam amalan pekerjaan seharian dan bagi melonjakkan imej dan tahap perkhidmatan. Forum The G.R.E.A.T Civil Service ini telah mendapat sambutan menggalakkan apabila mencatat penyertaan seramai 450 orang Pegawai Awam daripada pelbagai agensi Kerajaan di seluruh Malaysia. Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan YBhg. Datuk Dr. Alauddin bin Sidal, Pengarah INTAN. 01 Jabatan Perkhidmatan Awam 058
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy