Setelah hampir 21 tahun anggota Perkhidmatan Awam mengguna pakai Sistem Saraan Malaysia (SSM), Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 7 Ogos 2023 telah bersetuju agar semakan sistem saraan dilaksanakan menerusi Kajian SSPA. Kajian SSPA ini dilaksanakan bagi menangani cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh Perkhidmatan Awam melibatkan; i. Pendapatan boleh guna Pegawai Awam tidak seiring dengan peningkatan produktiviti dan kos sara hidup semasa; ii. Keperluan pembangunan kepimpinan digital; iii. Bebanan tanggungan fiskal Kerajaan bagi pembayaran emolumen dan faedah persaraan Pegawai Awam; dan iv. Pembudayaan nilai dan integriti Pegawai Awam. Prinsip SSPA telah dibentuk dengan mengambil kira perkaitan antara pembentukan modal insan dan aspirasi nasional. Tiga (3) elemen utama prinsip SSPA adalah Dinamik, Nilai dan Adil (DNA), yang merangkumi elemen organisasi dan Pegawai Awam. KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA) Rajah: Prinsip SSPA D N A Dinamik Struktur dan Skim perkhidmatan serta modal insan sektor awam yang tangkas dan sedia masa hadapan. Nilai Penerapan nilai dan amalan murni Pegawai Awam ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan berorientasikan rakyat. Adil Kesaksamaan dan kesamarataan dalam penetapan dasar sumber manusia merangkumi fasa sebelum, semasa dan pasca perkhidmatan. PENGENALAN Jabatan Perkhidmatan Awam 046
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy