Memberi nasihat mengenai perkara yang baginya Kerajaan berhasrat untuk mengawal selia dan menyediakan draf rang undang-undang mengenai perkara tersebut (jika ada) untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan dan mengemukakan draf rang undang-undang kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen untuk mendapatkan kelulusannya. Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan terutamanya projek penswastaan dan teknologi maklumat dan komunikasi. Menghadiri mesyuarat dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah menurut undang-undang. Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai perkara undang-undang dengan memberikan kepakaran undang-undang kepada kedua-dua pihak iaitu Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. UNIT AUDIT DALAM (UAD) UNIT INTEGRITI (UI) Memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT. Melaporkan kepada Ketua Eksekutif hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan. Menilai aktiviti Jabatan dengan memberi tumpuan terhadap penggunaan sumber serta pencapaian matlamat yang diharapkan secara efektif, efisien dan ekonomi. Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan di JPA. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti di JPA. Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika di JPA serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku serta pelanggaran tatakelakuan di JPA. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional No. 2 dan Kumpulan Sokongan No. 1 dan No. 2 di JPA. Jabatan Perkhidmatan Awam 020
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy