BAHAGIAN DIGITAL DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (BDTM) UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK) PENASIHAT UNDANG-UNDANG (PUU) Bertanggungjawab untuk memastikan HRMIS dilaksanakan di semua agensi dalam Perkhidmatan Awam selaras dengan visi sumber manusia Perkhidmatan Awam dan matlamat Kerajaan Digital. Menyedia dan membekal maklumat personel sektor awam yang menyeluruh. Menyediakan kemudahan infrastruktur yang dipercayai dan selamat. Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi berlandaskan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP). Melaksanakan program latihan dan pembudayaan ICT. Menyediakan khidmat nasihat dalam bidang ICT. Mengurus dan menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan pelanggan JPA. Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat JPA melalui pelaksanaan aktiviti turun padang dan hebahan di medium komunikasi JPA. Menyelaras dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi program dan aktiviti serta majlis rasmi jabatan melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur dan liputan bergambar bagi tujuan hebahan. Mengurus dan memantau kandungan digital di Information Board dan Smart Intelligent Panel di JPA. Mengurus dan menyelaraskan aduan, pertanyaan dan cadangan yang diterima oleh JPA melalui SISPAA, MyGCC dan saluran komunikasi JPA. Merancang dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran JPA secara tahunan. Menyelaras dan memantau pencapaian Piagam Pelanggan JPA bersama-sama Bahagian/ Unit. Memberi nasihat undang-undang berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan. Membantu mentafsir undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan. Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang di dalamnya Kerajaan merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi. Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan. Laporan Tahunan 2023 019
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy