LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

11. Surat Edaran JPA(S).800-6/2/23(14) bertarikh 14 Disember 2023 – Perluasan Kemudahan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Untuk Meliputi Pakaian Batik Malaysia. Kerajaan melalui Belanjawan 2024 Malaysia MADANI telah bersetuju memperluaskan kemudahan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi (BPMUR) untuk meliputi Pakaian Batik Malaysia kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang layak. Sehubungan itu, tafsiran Pakaian menghadiri Upacara Rasmi di bawah MyPPSM Ceraian SR.1.2.2: Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi telah ditambah baik berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024. 12. Surat Edaran JPA.(S)800-6/1/22 (9) – Tatacara Menimbang Permohonan Pembayaran Elaun-Elaun Kerana Bertukar Dan Berpindah Rumah Atas Permohonan Sendiri Selaras dengan keperluan semasa perkhidmatan, Jabatan ini telah meneliti semula dan mengemas kini tatacara tuntutan elaun-elaun kerana bertukar dan berpindah rumah bagi pegawai yang memohon pertukaran. Dalam hal ini, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pembayaran tuntutan elaun pertukaran selaras dengan PP WP1.2 sekiranya pertukaran atas permohonan pegawai diluluskan atas salah satu keadaan berikut: a. Pegawai telah berkhidmat sekurangnya-kurangnya lima (5) tahun di pejabat terakhir pada tarikh permohonannya, atau empat (4) tahun bagi pegawai yang bertukar wilayah; b. Pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun di fasiliti atau kawasan pedalaman yang diwartakan; c. Bagi mengikuti isteri atau suami yang telah bertukar terlebih dahulu dan pegawai telah berkhidmat melebihi satu (1) tahun di pejabat terakhir pada tarikh permohonannya; d. Pegawai perlu mendapatkan rawatan bagi diri atau suami/ isteri atau anak; atau e. Bagi menjaga ibu bapa yang sakit dan memerlukan penjagaan rapi. Laporan Tahunan 2023 195

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy