LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

7. Surat Edaran JPA.800-3/2/4 (33) bertarikh 1 Ogos 2023 – Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 Kerajaan telah mengumumkan untuk memberikan Bantuan Khas Penghargaan (BKP) sebanyak RM300.00 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/ kakitangan lantikan kontrak. BKP ini turut dipanjangkan kepada pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen sebanyak RM200.00 yang dibayar pada 10 Ogos 2023. 8. Surat Edaran JPA.(S).800-6/2/22 Jld.2(3) – Pindaan Dasar Menduduki Rumah Biasa Kerajaan dan MyPPSM SR.3: Kemudahan Perumahan Kerajaan Bagi menambah baik dan mengemas kini peraturan pegawai yang mendiami Rumah Biasa Kerajaan (RBK), Kerajaan telah memutuskan dasar sewa yang ditetapkan melalui PA Bab E Tahun 1974 adalah dimansuhkan dan digantikan dengan Bayaran Menduduki Rumah Kerajaan (BMRK) mengikut kadar dan kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu potongan Imbuhan Tetap Perumahan dan Bayaran Imbuhan Sara Hidup atau pindaannya dari semasa ke semasa bagi pegawai yang menduduki RBK. Manakala kadar sewa melalui Lampiran C, PA Bab E Tahun 1974 dan PP 2/1977 adalah dibatalkan. Penambahbaikan peraturan ini dilaksanakan melalui MyPPSM SR.3: Kemudahan Perumahan Kerajaan berkuat kuasa 27 September 2023. 9. Surat Edaran JPA.(S) 800-6/1/51(3) bertarikh 9 Oktober 2023 – Pindaan Tafsiran Pegawai Bagi Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pegawai Bertukar Wilayah Bagi menambah baik dan mengemas kini peraturan yang sedang berkuat kuasa, tafsiran pegawai di bawah MyPPSM: Pegawai Bertukar Wilayah dipinda mengikut Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 seperti mana berikut:- Pindaan tafsiran ini dilaksanakan melalui MyPPSM SR.6: Pegawai Bertukar Wilayah berkuat kuasa mulai 9 Oktober 2023. 10. Surat Edaran JPA.(S) 800-6/2/148 JLD.3(3) bertarikh 24 Oktober 2023 – Penambahbaikan Kemudahan Pakaian Seragam Pegawai Perkhidmatan Awam. Kerajaan telah bersetuju supaya Kemudahan Pakaian Seragam ditambah baik seperti berikut: (a) Menyeragam kaedah pemberian pakaian seragam kepada 28,962 Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional kepada pembekalan Kemudahan Pakaian Seragam mengikut Ceraian SR.1.1.1: Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam; dan (b) Berikutan penyeragaman ini maka, pemberian Elaun Pakaian Seragam di Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Perkhidmatan dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), manakala Elaun Senggaraan Pakaian di Angkatan Tentera Malaysia dimansuhkan. Penambahbaikan ini berkuat kuasa 1 Januari 2024. Tafsiran Sedia Ada Pindaan Tafsiran Pegawai bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik secara tetap. Pegawai bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract of service). Jabatan Perkhidmatan Awam 194

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy