BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN (BMI) BAHAGIAN GAJI DAN ELAUN (BGE) BAHAGIAN PENCEN (BP) Merancang, menggubal dan menyelaras dasar-dasar dan program-program penajaan dan latihan. Melaksanakan program-program penajaan dan program-program latihan berikut: a) Latihan Sebelum Perkhidmatan b) Latihan Dalam Perkhidmatan Menguruskan kutipan balik pinjaman dan tuntutan ganti rugi. Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan sistem saraan Kerajaan (gaji, elaun dan kemudahan sektor awam). Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan perhubungan majikan-pekerja. Menyelidik dan membuat kajian mengenai saraan. Menggubal dan melaksanakan dasar faedah persaraan dan faedah terbitan. Memantau dan menguatkuasa pelaksanaan Undang-Undang Pencen yang berkuat kuasa. Meluluskan persaraan, faedah persaraan, faedah terbitan dan faedah pemberhentian perkhidmatan bagi anggota Perkhidmatan Awam, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, Hakim, Ahli Parlimen, Anggota Pentadbiran dan Setiausaha Politik berpandukan undang-undang yang berkuatkuasa. Meluluskan percantuman perkhidmatan lepas (PPL) bagi anggota Perkhidmatan Awam, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Meluluskan pemberian taraf berpencen (PTB) kepada anggota Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Menguruskan kemudahan perubatan (rawatan dialisis) melibatkan pesara serta mengeluarkan surat jaminan perubatan (GL) kepada pesara dan ibu bapa pesara perkhidmatan awam persekutuan dan pihak berkuasa berkanun tertentu. Menguruskan pembayaran faedah persaraan dan faedah pemberhentian perkhidmatan. Mengawal selia pelaksanaan urusan persaraan dan pembangunan sistem pengurusan pencen oleh pihak KWAP. Mengurus data persaraan dan data pemberhentian perkhidmatan. Mengurus program libat urus dan khidmat nasihat melibatkan pelanggan dan pihak berkepentingan; Menguruskan permohonan pendaftaran anak OKU tanggungan pesara dan anak belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Mengurus aduan yang diterima daripada pelanggan dan pihak berkepentingan. Laporan Tahunan 2023 017
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy