BAHAGIAN PERKHIDMATAN PENGENALAN Selaras dengan aspirasi negara, iaitu memperkukuh penyampaian sektor awam, pembangunan kompetensi Pegawai Awam sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi melahirkan barisan pemimpin yang berkebolehan dan berkeupayaan tinggi untuk menerajui kepimpinan sektor awam pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, satu kajian mengenai pembangunan profesional Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) telah dilaksanakan oleh BK bertujuan mengenal pasti jenis latihan yang bersesuaian berdasarkan kompetensi jawatan PTD. Seterusnya, hasil kajian ini akan dijadikan asas kepada Pelan Pembangunan Profesional PTD yang akan menjadi rujukan komprehensif kepada pengurus sumber manusia atau para pegawai dalam merancang program pembangunan kapasiti yang perlu dihadiri. Kajian ini telah dilaksanakan melalui sesi libat urus, sesi perkongsian ilmu serta pelaksanaan mesyuarat kerja dan bengkel bersama wakil-wakil pengurus sumber manusia dari Kementerian dan Jabatan. Dua (2) mesyuarat kerja dan satu (1) bengkel telah berjaya dilaksanakan pada 6 hingga 8 Jun 2023 di Razak School of Government (RSOG), 24 hingga 26 Julai di Hotel Ibis, Melaka dan 7 November 2023 di Bilik Latihan 1, Aras 4, Blok C3, JPA. Hasil kajian mendapati kepentingan modul pembangunan profesional disediakan mengikut bidang pengkhususan PTD. Selain itu, kemahiran dan pengetahuan yang berbeza diperlukan mengikut gred atau peranan pegawai. Sebagai salah satu usaha untuk menginstitusikan pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning), pelbagai kaedah boleh digunakan seperti seminar, pembentangan kertas, pembelajaran hibrid dan blended learning. Dokumen Pelan Pembangunan Profesional PTD telah disediakan dan akan diterbitkan secara rasmi untuk rujukan semua pegawai pada tahun 2024. Mesyuarat Kerja Pelan Pembangunan Profesional PTD Bengkel Pemurnian Pelan Pembangunan Profesional PTD Bil. 1/2023 Jabatan Perkhidmatan Awam 182
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy