LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Sehingga Disember 2023, hasil dapatan kajian ini adalah seperti berikut: (a) Empat (4) jenis perkhidmatan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan melalui kaedah ASD secara kerjasama dengan NGO dan CBO iaitu: i. Perkhidmatan berbentuk khidmat sosial dan kebajikan kepada individu, masyarakat atau komuniti; ii. Perkhidmatan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik individu, masyarakat atau komuniti; iii. Perkhidmatan yang bertujuan untuk memberikan bantuan awal sebelum perkhidmatan sebenar disampaikan; dan iv. Perkhidmatan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan komuniti. (b) Aspek perundangan yang merangkumi bidang kuasa Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab bagi mengawal selia pelaksanaan mekanisme ASD. Kajian akan diteruskan dan dimuktamadkan pada tahun 2024. Bengkel kerja bersama Kementerian-kementerian pada 24-25 Julai 2024 Sesi Libat Urus dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) pada 4 Disember 2024 Bengkel kerja bersama Kementerian-kementerian pada 24-25 Julai 2024 Laporan Tahunan 2023 181

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy