INISIATIF MEMPERKASA PERANAN AGENSI PUSAT 03 PENGENALAN Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) sedang menjalankan inisiatif memperkasa peranan agensi pusat di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) melibatkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai agensi penyelaras dan Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sebagai agensi pelaksana. Di bawah RMKe-12, tumpuan diberikan ke atas peningkatan keberkesanan pelaksanaan jentera kerajaan dan menggalakkan sistem penyampaian kerajaan bersepadu (total government/ whole of government). Untuk itu, fokus keutamaan adalah bagi mentransformasi Perkhidmatan Awam ke arah membangun Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi seterusnya meningkatkan kemampuan untuk menyediakan Perkhidmatan Awam berkualiti. Ekosistem yang menyokong kecemerlangan Perkhidmatan Awam yang merangkumi sumber manusia, sumber kewangan, proses kerja dan penerimagunaan teknologi perlu terus dimantapkan. Inisiatif yang telah dikenal pasti adalah keperluan untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan agensi pusat iaitu JPA, MOF, KE, MAMPU dan ICU. Gerak kerja inisiatif ini terbahagi kepada empat fasa pelaksanaan seperti berikut: (i) Fasa 1 - Semakan peranan dan fungsi; (ii) Fasa 2 - Business Process Reengineering (BPR); (iii) Fasa 3 - Penentuan sumber berdasarkan BPR; dan (iv) Fasa 4 – Penentuan struktur organisasi. Selain itu, empat (4) kluster bagi skop dan aktiviti agensi pusat telah dikenal pasti dan dipersetujui berserta penyelaras kluster seperti Rajah di bawah: Rajah: Ringkasan Skop dan Aktiviti Merentasi Agensi Pusat 4 KLUSTER JPA 2 AKTIVITI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Perkhidmatan Perjawatan dan Organisasi Ekonomi Makro Pengurusan Program/ Projek Berasaskan Keberhasilan Pengurusan ICT Sektor Awam Pembangunan Modal Insan Saraan dan Kemudahan Pengurusan Badan Berkanun Tadbir Urus Kewangan Sektor Awam Agenda Bumiputera Agenda Perlindungan Sosial Penyampaian Perkhidmatan Berpacukan Data Pembayaran Elektronik Sektor Awam JPA & MOF JPA & MOF MOF, KE & ICU MOF, KE & ICU MOF, KE & MAMPU JPA, KE & ICU JPA & MOF MOF, KE & ICU JPA & MOF KE & ICU KE & ICU JPA, MOF, KE, ICU & MAMPU MOF & MAMPU MOF 5 AKTIVITI PENGURUSAN FISKAL & KEWANGAN AWAM KE 3 AKTIVITI PERANCANGAN EKONOMI & PENGURUSAN PROJEK/ PROGRAM AWAM MAMPU 3 AKTIVITI PEMODENAN & PENDIGITALAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN Laporan Tahunan 2023 177
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy