BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PERANCANGAN DAN DASAR KAJIAN PENILAIAN DASAR SATU PERATUS PELUANG PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM KEPADA ORANG KURANG UPAYA 01 PENGENALAN Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) menilai kesan pelaksanaan dasar yang telah diperkenalkan seperti dasar-dasar yang berkuatkuasa dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia. Kajian Penilaian Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada OKU adalah dijalankan sebagai salah satu aktiviti di bawah OBB-Kerangka Keberhasilan Aktiviti (Activity Performance Management Framework-APMF). Tujuan kajian adalah untuk membuat penilaian terhadap pencapaian dasar yang tidak menepati sasaran dan untuk mencadangkan penambahbaikan dasar. Tempoh kajian adalah selama sepuluh bulan iaitu dari Februari 2023 sehingga November 2023. LATAR BELAKANG Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada OKU telah dikeluarkan pada tahun 1988 dan ditambahbaik pada tahun 2008 dan 2010 dengan tujuan menjelaskan dasar satu peratus (1%) peluang pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam kepada OKU dan langkah-langkah affirmative bagi mempercepat pencapaian 1% pelantikan OKU oleh suruhanjaya (Pihak Berkuasa Melantik), kementerian serta agensi di bawahnya. Pada tahun 2022, PPSM Ceraian UP.1.3.6 meneruskan dasar yang sama dengan berkuatkuasanya MyPPSM. Namun begitu, pelaksanaan dasar ini masih tidak mencapai objektif sasaran 1% yang ditetapkan sepanjang 35 tahun ianya diperkenalkan, malahan pencapaian yang direkodkan hanya sekitar 0.3% sahaja. Isu dan cabaran peluang pekerjaan OKU ini juga turut dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas di Strategi B4: Meningkatkan Penyertaan Orang Kurang Upaya dalam Perkhidmatan Awam; dan Strategi G5: Memperkasa Orang Kurang Upaya iaitu berkaitan prosedur operasi standard (SOP) pengambilan dalam Perkhidmatan Awam. PELAKSANAAN KAJIAN Bahagian ini telah menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas mengenai pelaksanaan Dasar 1% Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada OKU daripada kumpulan pemegang taruh yang berkaitan. Pengumpulan data primer telah dibuat secara Perbincangan Kumpulan Fokus (PKF). Sebanyak empat (4) sesi PKF telah diadakan melibatkan 4 kelompok persampelan daripada bulan Julai 2023 sehingga Oktober 2023 dan dihadiri seramai 60 informan iaitu: PKF bersama wakil Kementerian-kementerian pada 21 Ogos 2023 PKF bersama wakil PSUK Negeri pada 24 Oktober 2023 Jabatan Perkhidmatan Awam 174
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy