PENGENALAN Pada tahun 2023, Bahagian Pengurusan Psikologi telah menyediakan buletin dan jurnal yang berkaitan dengan bidang psikologi Perkhidmatan Awam. Senarai penerbitan tersebut adalah seperti berikut: BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI PENERBITAN JURNAL 01 Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia yang ke-17 bagi tahun 2023 diterbitkan bagi mengembangkan hasil kajian dalam konteks penyampaian Perkhidmatan Awam di Malaysia. Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia tahun 2023 memuatkan sebanyak 8 artikel yang telah melalui proses pewasitan oleh para pewasit dan artikel yang terpilih diterbitkan. Artikel yang dihasilkan meliputi kajian-kajian dalam pelbagai aspek sama ada secara kuantitatif dan kualitatif. Kesemua artikel berkaitan kajian adalah dalam bidang psikologi dan kaunseling. Penyumbang artikel pada kali ini terdiri daripada pegawai psikologi yang ditempatkan di organisasi dan di komuniti, serta pensyarah Universiti swasta dalam bidang psikologi dan kaunseling. Artikel pertama bertajuk “Pengaruh Faktor Personaliti Terhadap Kecerdasan Emosi Dalam Kalangan Penyelia” memberi penekanan tentang faktor personaliti telah mempengaruhi kecerdasan emosi penyelia dalam Perkhidmatan Awam. Kajian ini amat penting terutamanya dalam usaha memperkasakan personaliti dan kecerdasan emosi Pegawai Awam bagi meningkatkan kualiti kepimpinan dalam kalangan penyelia. Ini secara tidak langsung telah dijadikan sebagai rujukan bagi pihak Pengurusan dalam memantapkan aspek pengurusan dan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam secara menyeluruh. Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia yang ke-17 Jabatan Perkhidmatan Awam 168
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy