PENGENALAN Pada tahun 2023, Bahagian Pembangunan Modal Insan telah menerbitkan sebuah buku bersempena ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur (DPT) antara Malaysia dan Republik Korea. Senarai penerbitan tersebut adalah seperti berikut: BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN BUKU “REPUBLIK KOREA SATU JALINAN DPT” 01 Bersempena dengan sambutan empat dekad hubungan kerjasama antara Malaysia dan Republik Korea, Bahagian Pembangunan Modal Insan telah menerbitkan sebuah buku bertajuk “Republik Korea, Satu Jalinan DPT” pada tahun 2023. Buku ini menelusuri kembali sejarah kerjasama Malaysia dan Korea melalui Dasar Pandang ke Timur dalam melahirkan modal insan negara. Inisiatif pembinaan keupayaan modal insan ini telah berupaya melahirkan ramai graduan yang telah menjawat portfolio penting dalam sektor awam dan swasta. Sepintas lalu, buku ini menceritakan sejarah pelaksanaan DPT dalam pembangunan modal insan dengan menyentuh tentang skop, strategi, program latihan dan penajaan. Rangkuman temu bual dengan graduan-graduan JPA yang pernah menuntut di Republik Korea juga dimuatkan dalam bab Bingkisan dan Inspirasi Graduan JPA. Bagi meneruskan kesinambungan hubungan kerjasama Malaysia dan Republik Korea ini, buku ini menyentuh tentang hala tuju program penajaan dan latihan pada masa akan datang. “Republik Korea Satu Jalinan DPT” Laporan Tahunan 2023 167
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy