VARIA RANAH PENERAPAN KONSEP MADANI DALAM PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2023 01 BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PERANCANGAN DAN DASAR PENGENALAN Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) telah menerbitkan Varia Ranah Penerapan Konsep MADANI Dalam Perkhidmatan Awam Tahun 2023 yang merupakan kompilasi kajian desktop separa akademik mengenai isu-isu semasa dan penerapan nilai-nilai dalam perkhidmatan awam. Sebanyak 13 artikel hasil penulisan 19 pegawai BPPD telah dimuatkan dalam edisi kali ini. VARIA RANAH Tema Varia Ranah tahun ini, iaitu Penerapan Konsep MADANI Dalam Perkhidmatan Awam Tahun 2023, dipilih untuk meningkatkan pemahaman Pegawai Awam mengenai konsep Malaysia MADANI agar penyampaian perkhidmatan Kerajaan selaras dengan aspirasi dan hala tuju negara pada masa kini. Himpunan artikel dalam Varia Ranah ini diharapkan dapat mencetus minat untuk mendalami lebih lanjut topik yang dikaji dan seterusnya mengguna pakai amalan terbaik atau penemuan baharu daripada kajian tersebut dalam pelaksanaan kerja masing-masing mengikut konteks yang sesuai. Penerbitan Varia Ranah telah diuar-uarkan kepada semua warga JPA melalui emel postmaster JPA bertarikh 5 Januari 2024 dan boleh dicapai melalui pautan https://docs.jpa. gov.my/docs/flipbook/Varia-Ranah-2023/. Penerbitan edisi tahun 2023 ini merupakan kali kedua setelah penerbitan pertama Varia Ranah Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam pada tahun 2020. Varia Ranah Edisi Tahun 2023 Jabatan Perkhidmatan Awam 162
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy