VISI MISI SLOGAN OBJEKTIF Merasionalisasi saiz Perkhidmatan Awam melalui perancangan sumber manusia yang sistematik dan berstruktur dengan menjalankan unjuran keperluan sumber manusia yang menyeluruh; Menyediakan Perkhidmatan Awam dengan skim perkhidmatan dan struktur organisasi yang relevan, anjal serta memenuhi keperluan semasa bagi membolehkan organisasi melaksanakan fungsi penubuhannya; Melahir dan membangun modal insan terbaik serta kompeten untuk memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan negara melalui dasar latihan dan program penajaan yang dinamik; Menguruskan Pegawai Awam dan membangunkan dasar pengurusan sumber manusia melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar perkhidmatan yang strategik dan berkesan; Menggubal dasar dan garis panduan berkaitan perkhidmatan psikologi mengikut keperluan semasa bagi memantapkan pembangunan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam; Mengutamakan kebajikan pesara dan penerima pencen melalui penambahbaikan dasar-dasar pasca perkhidmatan; Memperkenal pakej saraan terbaik dan menyeluruh kepada Pegawai Awam serta menjalin hubungan harmoni majikan-pekerja; dan Memantapkan penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber manusia ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Perkhidmatan Awam Berprestasi Tinggi, Berintegriti, Dinamik dan Berjiwa Rakyat Memacu dan Meneraju Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam “Peneraju Pembaharuan, Penggerak Perubahan” Menambah baik tadbir urus, mendukung akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran Kerajaan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan sebagai penggerak utama dalam pembaharuan keseluruhan Perkhidmatan Awam supaya lebih cekap dan efektif dari segi pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang diyakini dan dipercayai rakyat. Laporan Tahunan 2023 013
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy