BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN Pensijilan MS ISO 9001:2015 adalah usaha berterusan JPA bagi mematuhi piawaian kualiti bertaraf antarabangsa daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. ke atas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Jabatan berhubung Penggubalan Dasar dan Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Persekutuan (tidak termasuk Polis dan Tentera). Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah dilaksanakan selama 3 hari bermula pada 11 hingga 13 September 2023 bertujuan untuk mengesahkan sistem pengurusan kualiti jabatan dilaksanakan secara berterusan dan menepati keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh standard MS ISO 9001:2015 dengan berkesan. Audit Pensijilan Semula ini telah dilaksanakan oleh lima (5) orang Juruaudit SIRIM di sembilan (9) Bahagian di JPA. Skop pengauditan meliputi 1 Manual Kualiti, 8 Prosedur Utama dan 13 Prosedur Sokongan. Komitmen terhadap pelaksanaan ISO yang berterusan telah membuahkan hasil apabila JPA telah berjaya memperolehi pensijilan semula MS ISO 9001:2015 bagi tempoh tiga tahun iaitu bermula dari 10 Oktober 2023 hingga 18 September 2026. PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015 DARIPADA SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD. 01 Sijil MS ISO 9001:2015 JPA Laporan Tahunan 2023 135
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy